SIRI HADIS 40 (HADIS PERTAMA)

Mafhum Hadis:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.

Kepentingan Hadis Ini:


Berkata Abu Daud :Hadis ini separuh daripada agama islam.sesungguhnya agama islam itu samaada zahirnya adalah amalan dan batinnya adalah niat.

Berkata Iman Ahmad dan Imam Syafie: hadis ini merupakan satu pertiga daripada ilmu.

Intisari Hadis:

1. Setiap amalan dari seseorang mukallaf(mukmin) tidak diiktiraf dan tidak diberi ganjaran pahala kecuali amalan yang disertai dengan niat.

2.Waktu niat adalah di awal setiap ibadah contohnya: Solat- semasa takbiratul ihram

3.Sesiapa yang berniat baik,kemudian dia terhalang dari melaksanakannya disebabkan keuzuran sakit atau mati sesungguhnya ada kebajikan dari niatnya.Berkata Imam Baidhowi:Setiap amalan tidak sah kecuali amalan yang disertakan dengan niat kerana niat tanpa amal diberi ganjaran pahala dan amal tanpa niat merupakan sia-sia.Perumpamaan niat dalam amalam seperti roh dan jasad.Tidak akan kekal jasad tanpa roh begitu juga tidak terzahirlah roh didunia ini tanpa bergantung dengan jasad.

4. Ikhlaskan niat kita, sehingga kita mendapat ganjaran pahala diakhirat serta mendapat petunjuk dan kejayaan didunia.

5.Setiap amalan yang bermanfaat dan disertai dengan niat yang ikhlas seterusnya mengharapkan keredhaan Allah merupakan ibadah.

(Rujuk Kitab Alwaafi Fi Syarhi Alarba'in Annawawiyyah oleh Dr Mustafa Bugha dan Syeikh Muhyiddin Misto)

0 ulasan:

Catat Ulasan