Kisah Rasulullah SAW dengan sebiji limau.


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kisah Seekor Ulat Dengan Nabi Daud A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim'
setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

SIRI HADIS 40 (HADIS PERTAMA)

Mafhum Hadis:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.

Kepentingan Hadis Ini:


Berkata Abu Daud :Hadis ini separuh daripada agama islam.sesungguhnya agama islam itu samaada zahirnya adalah amalan dan batinnya adalah niat.

Berkata Iman Ahmad dan Imam Syafie: hadis ini merupakan satu pertiga daripada ilmu.

Intisari Hadis:

1. Setiap amalan dari seseorang mukallaf(mukmin) tidak diiktiraf dan tidak diberi ganjaran pahala kecuali amalan yang disertai dengan niat.

2.Waktu niat adalah di awal setiap ibadah contohnya: Solat- semasa takbiratul ihram

3.Sesiapa yang berniat baik,kemudian dia terhalang dari melaksanakannya disebabkan keuzuran sakit atau mati sesungguhnya ada kebajikan dari niatnya.Berkata Imam Baidhowi:Setiap amalan tidak sah kecuali amalan yang disertakan dengan niat kerana niat tanpa amal diberi ganjaran pahala dan amal tanpa niat merupakan sia-sia.Perumpamaan niat dalam amalam seperti roh dan jasad.Tidak akan kekal jasad tanpa roh begitu juga tidak terzahirlah roh didunia ini tanpa bergantung dengan jasad.

4. Ikhlaskan niat kita, sehingga kita mendapat ganjaran pahala diakhirat serta mendapat petunjuk dan kejayaan didunia.

5.Setiap amalan yang bermanfaat dan disertai dengan niat yang ikhlas seterusnya mengharapkan keredhaan Allah merupakan ibadah.

(Rujuk Kitab Alwaafi Fi Syarhi Alarba'in Annawawiyyah oleh Dr Mustafa Bugha dan Syeikh Muhyiddin Misto)

HADIS 40 (PENGENALAN)

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis Rasulullah SAW yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama "Al Arba'in An Nawawiyyah". Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW dalam kitab tersebut yang membicarakan tentang persoalan usul akidah,Hukum-hakam,Mua'malat Islam dan Akhlak(Tasawuf).Terdapat lebih daripada 50 kitab yang telah ditulis oleh Ulamak-ulamak terkenal dalam mensyarahkan kitab "Al Arba'in An Nawawiyyah".Antaranya:

1. Dr Mustafa Bugha dan Muhyiddin Misto telah menulis kitab "Al Waafi Fi Syarhi Al Arba'in An Nawawiyyah"


(Kitab Karangan Bersama Dr Mustafa Bugha Dan Muhyidin Misto)

2.Syeikh Muhammad Tatai turut menulis kitab yang bernama "Idhohu Alma'ani Alkhafiyyah Fi Al Arba'in An Nawawiyyah".


(Kitab Karangan Syeikh Muhammad Tatai)


marilah kita sama-sma manfaatkan ilmu yang dicurahkan oleh ulamak terdahulu yang bersumberkan wahyu Ilahi dan Huda Nubuwwah sebagai pedoman hidup kita semua.

Pengumpulan Data E-Pelaporan 6 Bulan Kedua Peringkat Negeri Kedah.



5 NOVEMBER 2009 :Bertempat di PKG Gurun satu Bengkel pengumpulan data e-pelaporan 6 bulan kedua peringkat negeri Kedah telah diadakan.Saya dan ustaz mohd lutfi telah mewakili jqaf daerah Baling Sik menghadiri Bengkel tersebut.Kami diamanahkan untuk menghantar data e pelaporan 6 bulan kedua bagi sekolah-sekolah jqaf Daerah Baling Sik.Bengkel bermula 8.30pagi hingga 3.00petang.Alhamdulillah ....semuanya selesai.

Gabung Data j-QAF E-Pelaporan 6 Bulan Kedua Daerah Baling Sik Tahun 2009



3 November 2009 saya bersama lutfi dan luqman telah menggabungkan data e-pelaporan 6 bulan kedua tahun 2009.Data yang telah siap digabung akan dihantar untuk digabungkan diperingkat negeri pada 5 November 2009 di PKG Gurun...Terima Kasih kepada semua guru jqaf Baling Sik yang memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan data e-pelaporan kali ini...Syukran...

PANGGILAN HAJI

22 oktober 2009 saya bersama keluarga dan sahabat handai ayah dan mak telah menghantar mereka berdua ke kompleks tabung haji pulau pinang.Ayah dan mak akan berlepas ke madinah seterusnya ke makkah untuk menunaikan ibadah haji....berikut gambar yang sempat dirakamkan: